Sekarang dah masuk musim tengkujuh,so hujan je la ye sepanjang hari bagi sesetengah negeri di Malaysia.So far yang paling teruk saya observed di Pahang.Yelah kan,saya kan pernah bersekolah di Kuantan.So,saya ambil berat sikit tentang diorang.Sangat menakutkan keadaan banjir di Kuantan.Rasa nya ni yang paling teruk pernah menimpa Kuantan.Sabar sahajalah teman-teman ku.Ujian Allah ni sementara.Kita kena bersabar dan tawakal kepada Allah.
Tapi yang pelik korang ni,sempat lagi nak bertweet.Tweet kata kesian kat mak bapak la kena tanggung semua ni.Daripada korang sibuk berbalas tweet dengan member korang,baik nya korang guna masa tu tolong mak bapa korang punggah barang ke,kemas kan apa yang patut ke.Ni tak,sibuk cakap pasal kesedihan korang kat orang lain.Tapi, tak ada buat benda pun nak meringankan beban mak bapak korang.
Aku pun bukannya baik sangat.Tapi bagusnya korang tolong mak bapak korang okay?
Okay,sampai di sini sahaja saya menulis ye.Semoga jumpa lagi.Wassalam.
No comments:
Post a Comment